:)


Click here for Myspace Layouts

Khamis, 16 Mei 2013

Langgar

Langgar

Ahad, 14 April 2013

MUAY THAI


Boksing Siam, Tomoi atau Muay Thai ialah tiga nama yang diberikan bagi merujuk sukan tempur dari Thailand.

Di Kelantan, penduduknya memanggil Muay Thai sebagai Boksing atau Muay (dibaca mu-wei). Jarang sekali ada yang menyebut Muay Thai atau Thai Boxing seperti yang selalu kita dengar di negeri luar.

Sejarah kewujudan boksing Siam di Kelantan sukar untuk dipastikan dengan jelas, namun menurut sejarawan, seni ini wujud sejak ratusan tahun lalu ketika negeri di utara seperti Kedah, Perlis dan Kelantan masih di bawah pengaruh Siam.

Perkataan tomoi sendiri berasal dari perkataan Siam, iaitu toi (tumbuk) dan moi (seni bertumbuk). Bagaimanapun kita tidak akan mendengar orang Thai menyebut Muay Thai sebagai Tomoi tetapi hanya muay.

Muay Thai mula menjadi sukan untuk tontonan sejak ratusan tahun lalu sebelum kewujudan peraturan dan glove lagi. Ketika itu petinju cuma memakai tali hem (kaad cheuk) dan bertarung di hadapan raja.

Pada 1929, peminat Muay Thai no.1 Thailand, Raja Prajadhipok mula memperkenalkan gelanggang berbentuk empat segi sama, glove dan jam penentu masa untuk perlawanan. Teknik tinju seperti tumbuk lurus (jab), tumbuk sauk (uppercut) dan tumbuk cangkuk (hook) juga diserap ke dalam Muay Thai untuk menjadikannya lebih menarik. Kedudukan (stance) Muay Thai sebelum ini yang mempunyai kekuda juga mula hilang apabila petinju lebih senang berdiri tegak sambil kaki hadapan sentiasa dihenjutkan. Pertarungan Muay Thai moden mula diadakan pada tahun 1945 selepas siapnya Stadium Rajadamnern di Bangkok.

Latihan juga semakin sistematik apabila petinju sudah mula belajar teknik pernafasan, regangan, dan merawat kecederaan. Punching bag juga diperkenalkan bagi menggantikan batang pisang dan batang pinang. Pao (thai pad) telah dicipta bagi membantu jurulatih meningkatkan stamina dan melatih kepantasan kaki petinju. Belly pad (pao tong) juga dicipta untuk membantu jurulatih mengasah ketepatan tendangan kaki dan lutut petinju semasa latihan bersama. Focus mitt yang selalu digunakan dalam sukan tinju Barat juga digunakan bagi melatih koordinasi mata dengan tangan.

Tali lompatan (skipping rope) turut digunakan tetapi dengan sedikit pengubahsuaian kerana menggunakan getah yang tebal sebelum dikomersialkan kepada getah yang lebih ringan. Glove juga diubahsuai untuk memudahkan petinju bergelut rapat (clinch) dengan tepi yang bersudut dan span yang lebih keras.

Walaupun sukan ini semakin diterima di negeri sebelah pantai barat, dominasi petinju dari Kedah dan Kelantan masih belum mampu digugat. Oleh sebab kedua-dua negeri ini bersempadan dengan Thailand, Muay Thai menjadi sukan tontonan utama di setiap daerah dan menjadi aktiviti masa lapang anak-anak muda.


                                                                  

                                                                    MUAY BORAN


Muay Boran ialah ibu kepada Muay Thai. Maksud Muay Boran ialah “Tinju Purba”. Muay Boran tidak mengandungi teknik tumbukan seperti dalam Muay Thai sekarang yang sebenarnya diceduk dari tinju barat. Namun, Muay Boran diakui seni perang paling ganas di dunia. Pada penghujung 1920-an, kerajaan Siam melarang Muay Boran dipertandingkan kerana ramai peninju yang meninggal selepas sesuatu pertandingan. Satu undang-undang telah digubal untuk keselamatan peninju.

Peninju telah diperkenalkan dengan glove bagi menggantikan tali hem sepanjang 20 meter yang digunakan untuk membalut tangan. Pertandingan juga dikira berdasarkan kelas berat badan peninju. Kelapa yang ditebuk juga digantikan dengan penggunaan jam randik bagi menentukan masa perlawanan. Maka daripada situ lahirlah Muay Thai.

Selepas Muay Thai diperkenalkan, ia menjadi sukan yang popular menyebabkan seni Muay Boran dilupakan malah ada yang hilang terus. Kini, pihak-pihak tertentu di Thailand menghidupkan kembali Muay Boran agar seni ini berkembang selari dengan sukan Muay Thai.

Muay Boran juga terbahagi kepada beberapa jenis. Di utara Thailand, pengamalnya dikatakan mempunyai tumbukan yang lebih kuat, di selatan penggunaan kaki yang lebih lincah, di tengah (Bangkok dan bahagian Korat) terkenal kerana kemahiran siku dan lutut manakala di timur (kawasan Isaan) terkenal kerana kekuatan stamina dan sifat berani peninjunya. Muay Boran berbeza dengan Muay Thai kerana mengandungi teknik kuncian, lompatan dan bergelut di atas tanah.

Teknik Muay Boran boleh digunakan di semua tempat dan keadaan tidak kira sama ada di dalam lumpur, sungai atau medan perang. Ia juga dapat menangkis serangan berkumpulan, lawan bersenjata dan juga bertarung di atas binatang seperti gajah. Muay Boran dipelajari dengan menguasai teknik Mae Mai (teknik utama) dan Luk Mai (teknik sampingan). 



                                                             SEJARAH MUAY THAI

Muay Thai atau Tinju Siam merupakan ilmu beladiri sofistikated yang wujud lebih daripada 2000 tahun lampau akibar konflik dan peperangan. Seni tempur bangsa Siam ini berkembang sejak beberapa dekad yang lalu dan menjadi sukan gelanggang yang utama di Thailand. Seni yang diadaptasi daripada kemahiran berperang tentera Thai ini menjadi seni beladiri kepada semua rakyat baik lelaki mahupun perempuan dan menjadi sebahagian daripada warisan kebudayaan masyarakat Siam. Tiada ilmu tempur yang bersifat spiritual sepertinya yang mana kanak-kanak di Thailand sejak kecil lagi diajar salah satu cabang kickboxing yang paling berbahaya di dunia. Muay Thai adalah suatu seni yang bersiratan dengan pelbagai jenis beladiri utama. Teknik-tekniknya hampir sama dengan Pradal Serey Kemboja, Lethwei Burma, Kali Filpina, Jun Fan dan Pencak Silat. Maksud sebenar Muay Thai ialah tinju bebas.

Sejarah awal kewujudan Muay Thai tidak dapat dipastikan tetapi sejarah perkembangannya banyak dikaji oleh sarjana. Apabila Burma menyerang ibu negara Thai kektika itu, Ayutthaya, kebanyakan dokumen sejarah hilang bersama laporan perkembangan Muay Thai. Sejarah yang diketahui kini adalah daripada rekod peristiwa kerajaan Lanna di Chiang Mai. Namun, terdapat dua teori utama tentang sejarah asalnya.

Teori pertama menyatakan bahawa Muay Thai diwujudkan oleh penduduk Thai yang berhijrah dari daerah Yunan di selatan China ke kawasan baru yang dikenali sebagai Thailand. Mereka menubuhkan pasukan tentera untuk mempertahankan kawasan mereka daripada diceroboh dan secara tidak langsung memperkembangkan suatu sistem peperangan yang dikenali sebagai Krabi Krabong (ilmu senjata tradisional) dan Muay Chao Chur yang akhirnya dikenali sebagai Muay Thai.

Teori kedua pula menyatakan bahawa penduduk Siam sudah menetap di Thailand sejak sekian lama lagi di bawah empayar Angkor dan pengaruh seni beladiri Bokator telah diubahsuai dan dinamakan Muay Boran yang akhirnya menjadi Muay Thai. Berdasarkan rekod kuno, ahli sejarah menyatakan bahawa Muay Boran digunakan dalam peperangan dengan Burma, China dan Vietnam. Bahan rujukan awal bertarikh 1411 menyatakan bahawa gaya pertempuran tanpa senjata (Muay Boran) merupakan penentu utama kekuasaan raja Thai.

Sejarah kehebatan Muay Thai sering dikaitkan dengan kepahlawan Nai Khanom Tom semasa peperangan Burma-Siam. Pada 1763, Raja Ung Wa menaiki takhta kerajaan Burma. Matlamat pertama baginda ialah menumpaskan negeri-negeri yang bertelingkah dengan empayarnya. Dua tahun selepas itu, baginda menghantar 200,000 bala tentera menyerang Siam. Angkatan Burma menyerang dan memusnahkan bandar diraja Ayutthaya. Thailand yang ketika itu dikenali sebagai Siam tidak pernah diceroboh oleh mana-mana kuasa sepanjang sejarahnya. Bagaimanapun, kelemahan dalam pemerintahan menyebabkan kerajaannya runtuh. Selepas menang perang pada 1774, Raja Ung Wa menganjurkan perayaan selama tujuh hari tujuh malam. Raja mengarahkan supaya diadakan pertarungan antara tahanan perang dengan pahlawan terbaik baginda. Tom telah ditawarkan kebebasan untuk dirinya seandainya dapat menewaskan pahlawan maharaja ini. Tom terpaksa berjuang demi maruah bangsa Saim dan juga dirinya. Sebelum pertarungan dimulakan, tangan mereka dibalut dengan tali hem. Tiada peraturan perlawanan dan semua kawasan tubuh ialah sasaran. Tom mempersembahkan tarian tradisional yang dipanggil Ram Muay terlebih dahulu. Selepas pertarungan dimulakan, Tom terus menyiku lawannya menyebabkan lawannya tumbang namun belum diikitiraf sebagai juara. Rakyat Burma yang menonton perlawanan itu fikir bahawa tarian tadi mempunyai sihir dan mahu pertarungan diteruskan. Tom terpaksa berdepan dengan lebih ramai pahlawan Burma dan menewaskan mereka dengan teknik yang sama. Tanpa naluri nelas kasihan, Tom menewaskan satu persatu pahlawan terbaik maharaja Burma. Raja Ung Wa kagum dengan kebolehan Tom menewaskan 12 pahlawan terbaik Burma dan baginda memberi hadiah berserta seorang hamba perempuan untuk dijadikan isteri kerana kehebatannya itu. Baginda mengatakan orang Thai kecil tetapi sangat berbahaya. Sejarah kehebatan Nai Khanom Tom itu dicatatkan dalam buku teks sekolah dan lagenda Thai itu kini dikenali oleh setiap kanak-kanak di Thailand. Sebagai memperingati tarikh Nai Khanom Tom menewaskan pahlawan Burma itu, kerajaan Thailand menetapkan bahawa 17 Mac sebagai Hari Muay Thai Kebangsaan.

Raja Prachao Sua – The Tiger King merupakan salah seorang penggerak sukan ini. Baginda begitu meminati Muay Thai dan sering menyamar sebagai rakyat biasa untuk bertarung di kampung-kampung dan mengalahkan juara tempatan. Baginda bukan sahaja aktif dalam sukan ini malah memperkenalkan kelengkapan untuk digunakan semasa bertarung. Pada awal pemerintahannya, tangan peninju dibalut dengan ekor kuda. Selepas beberapa ketika, ekor kuda digantikan dengan kain kapas atau tali rami yang dipintal. Bagi pertarungan khusus dan dengan persetujuan peninju, serpihan kaca dilekatkan dengan gam pada ikatan tangan. Semasa pemerintahannya juga, negara Siam berada dalam keadaan aman. Raja Prachao Sua mengarahkan tenteranya supaya berlatih Muay Thai bagi mengisi masa lapang mereka.

Semasa pemerintahan Raja Rama V, kebanyakan pertandingan dianjurkan pihak istana. Peninju diberikan ganjaran pangkat dalam tentera oleh raja sekiranya menang. Semasa pemerintahan Rama VI pula, beberapa perubahan berlaku. Antaranya pengenalan gelanggang yang dikelilingi oleh tali dan penggunaan jam. Sebelum ini, masa perlawanan ditentukan dengan menggunakan tempurung kelapa yang ditebuk dan dimasukkan ke dalam air. Apabila tempurung kelapa tenggelam, dram akan dibunyikan menandakan perlawanan tamat.

Muay Thai moden mula wujud pada tahun 1930-an apabila glove kulit diperkenalkan. Pusingan perlawanan dan kelas berat badan juga mula diseragamkan. Perubahan zaman menjadikan Muay Thai berubah dalam pelbagai bentuk. Muay Thai bukan lagi ilmu bertempur tentera Siam tetapi menjadi ilmu beladiri untuk semua. Namun tradisi pertarungan masih diteruskan dan Muay Thai terbukti sebagai sukan gelanggang paling menarik dan salah satu beladiri paling efektif di dunia. Dalam pertandingan K-1, Vale Tudo, Pride dan UFC, Muay Thai mendominasi setiap pertarungan dalam gelanggang.
Pada hari ini, pelbagai jenis beladiri memantapkan lagi teknik dan taktik bertempur mereka dengan gaya Muay Thai. Ia juga menjadi sistem tempur tanpa senjata pasukan elit Navy SEALs, CIA, Komando Beret Hijau dan Agensi Perkhidmatan Rahsia (pengawal peribadi presiden) di Amerika Syarikat. Keberkesannya dalam pertempuran sebenar dengan pergerakan minimum menjadikan Muay Thai sebagai senjata utama bagi Dynamic Entry Person dalam pasukan SWAT. Pada 1964, pakar beladiri Karate telah meminjam lalu mengubahsuai dan menggelarnya ’Kickboxing’.



                                                              RAHSIA MUAY THAI


Rahsia kekuatan Muay Thai bukan terletak pada kekuatan tendangan atau teknik siku dan lutut. Rahsia utama Muay Thai sebenarnya sudah ada dalam hati orang-orang Thai sejak mereka dilahirkan, iaitu kekuatan mental. Orang Siam pada asalnya merupakan bangsa yang taat pada negara, agama dan raja. Oleh itu, orang Siam sudah mempunyai jiwa sanggup mati demi negara sejak berabad-abad lagi, jauh lebih awal daripada kewujudan semangat Bushido atau kamikaze Jepun. Orang Thai sudah lama mengenali semangat begini dan diperturunkan dari generasi ke generasi.

Dalam falsafah seni beladiri Asia Timur, orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menewaskan "The 3 Evils of Martial Art" iaitu:

1) Takut
2) Was-was
3) Keliru

Tambahan lagi dengan atlit Muay Thai zaman dahulu yang bertanding untuk kehidupan dan bukan untuk kesukanan terdedah kepada kesakitan dan hukuman sehingga mental menjadi kental. Sebab itu, walaupun ditendang berkali-kali, pakar Muay Thai zaman dahulu dapat menahan kesakitan dengan tenang.

Seni beladiri bangsa lain yang menendang dengan lebih kuat belum tentu dapat menerima kekuatan tendangan mereka sendiri. Begitu juga dengan peninju Muay Thai, jika keadaan mental tidak stabil maka kekalahan ialah jawapannya.

Oleh sebab itulah Buakaw yang menjadi juara dunia K-1 2004 dengan mengalahkan Masato (Kickboxing) dikalahkan pula oleh Masato pada kejohanan K-1 tahun 2007. Kedua-duanya sama hebat, tetapi yang mempunyai kekuatan mental lebih berpeluang untuk menang. 



                                        TEKNIK-TEKNIK YANG ASAS DALAM MUAY THAI
Teknik Siku (sok)
Teknik siku merupakan salah satu senjata paling berkesan yang kerapkali menghasilkan keputusan KO. Terdapat enam teknik siku dalam Muay Thai, iaitu siku lurus, siku lintang, siku timbul, siku layang, siku junam dan siku pusing. Kebanyakan seni beladiri dan persatuan kickboxing melarang penggunaan siku tetapi dalam Muay Thai, teknik ini digalakkan kerana memberikan mata kemenangan dan boleh menyebabkan maut. Teknik siku dalam Muay Thai berbeza dengan siku Karate kerana teknik ini membelah dan mengoyak kulit penyerang. Teknik ini juga digunakan untuk menangkis serangan tumbukan dan serangan siku lawan. Peninju Muay Thai menggunakan teknik siku untuk menutup muka ketika lawan menyiku atau menumbuk. Jika tumbukan lawan menyinggah tepat pada teknik siku yang menutup muka, sendi tangannya akan rosak. Teknik siku Muay Thai biasanya memilih sasaran seperti dahi, telinga, dagu, ubun-ubun dan tulang belakang. Untuk latihan siku, peninju biasanya menggunakan pohon pisang yang telah berbuah. Bentuknya yang lembut di luar tetapi keras di dalam sama seperti tubuh manusia. Air getah pisang juga mempunyai khasiat untuk mengeraskan tulang peninju. Jika batang pisang tidak praktikal, beg berat jenis PVC lembut atau kulit boleh digunakan. Beg berat jenis kanvas perlu dielakkan kerana boleh mengoyak kulit lengan. Jika siku terasa pedih semasa membuat pukulan pada beg, itu bermakna jarak tubuh anda jauh dari sasaran yang menyebabkan siku bergesek dengan permukaan beg.

Teknik Lutut (kao)
Satu gerakan yang mampu menye­babkan kecederaan dalaman yang teruk, malah juga kematian sekiranya tepat di bahagian yang senang sedera seperti di sternum ialah teknik lutut Muay Thai. Menggunakan lutut, pergerakan yang sekuat hentaman sebuah kereta di dinding pada kelajuan 56.3 kilometer sejam itu berupaya memampatkan lima sentimeter bahagian dada. Dalam pertarungan jarak dekat, lutut ialah senjata yang paling sofistikated. Berbeza dengan teknik sepakan, kaki peninju tidak akan dapat ditangkap semasa melakukan teknik lutut. Teknik serangan lutut paling berbahaya ialah lutut terbang dan merupakan gaya klasik Muay Thai yang sangat berkesan dalam menyerang. Tiada yang mahir menggunakan lutut sebagai senjata sehebat peninju Muay Thai. Di dalam gelanggang, tidak ramai yang tahu melepaskan diri apabila peninju Muay Thai memaut dan menghukum dengan kombinasi lutut yang seringkali menghasilkan keputusan KO. Hentakan lutut bertalu-talu ke rusuk dan ulu hati lebih padu daripada penumbuk atau siku. Lutut juga lebih berat, besar dan kuat dari semua teknik pukulan dengan tangan. Hentakan lutut ke peha boleh mencederakan. Teknik ini mudah menyinggah bahagian sulit jika bertempur di luar gelanggang. Lutut lebih pendek dari sepakan atau tendangan tetapi lebih berat, mudah diangkat dan dipacu pada sasaran yang lebih hampir di hadapan. Ia sangat baik untuk menghukum lawan yang suka bertinju. Setiap kali dia menumbuk, rusuknya terbuka untuk dibaham lutut dari bawah. Lutut jarang sekali menjadi teknik serangan pembukaan tetapi lebih sesuai menjadi senjata pembinasa susulan atau penamat. Hentakan lutut mudah menyinggah di peha, sendi lutut, bahagian sulit, buah pinggang dan tulang belakang. Kadangkala ia mampu mematahkan tulang rusuk, membaham ulu hati dan juga muka lawan yang hilang pertimbangan. Kelebihan teknik ini berbanding sepakan ialah ia masih mampu digunakan walaupun peninju kepenatan. Bagi mempertingkatkan lagi kekuatan teknik lutut, jangan lupa menghembuskan nafas dengan kemas melalui mulut. Ia akan kedengaran seperti tayar bocor. Dengan melakukan hembusan ini juga, otot di bahagian tubuh anda akan menjadi tegang dan bersedia untuk menerima hukuman dari pihak lawan.

Tumbukan (chok)
Tumbukan dalam tomoi lebih kurang sama tekniknya dengan tinju Barat. Terdapat enam jenis tumbukan, iaitu tumbuk lurus (straight punch), tumbuk silang (cross), tumbuk sauk (uppercut), tumbuk pusing (spinning back fist), tumbuk cangkuk (hook) dan tumbuk ayun (swing). Tumbuk silang ialah tumbukan balas yang dilepaskan secara menyilang tangan lawan yang melepaskan pukulan terlebih dahulu atau secara serentak. Tumbuk sauk pula ialah tumbukan yang dilepaskan secara menaik dari bahagian sisi dengan kedudukan lengan membentuk sesiku manakala permukaan tapak tangan mengarah ke bawah. Tumbuk lurus ialah tumbukan yang dilepaskan dengan kedudukan tangan lurus ke hadapan dengan jarak satu (1) jangkauan. Tumbuk ayun ialah tumbukan yang menggunakan gabungan ayunan badan, pinggang dan tangan. Dalam perlawanan tinju, teknik ini dilarang tetapi peninju tomoi gemar menggunakannya untuk mendapatkan kemenangan dengan lebih cepat. Tumbuk pusing pula dilakukan dengan memusing tangan ke belakang terus ke sasaran di hadapan seperti teknik siku pusing.

Tendang Lurus (teep)
Teep ialah senjata yang biasa digunakan untuk menyerang dan juga teknik pertahanan yang sangat berkesan. Teep ialah senjata yang mampu menjatuhkan lawan dengan mudah jika digunakan dengan tepat dan kuat. Teknik ini memilih kawasan tengah tubuh, tengkuk dan muka sebagai sasaran serta boleh menjatuhkan lawan dengan satu serangan sahaja.

Bergelut (plum)
Bergelut ialah kemahiran bertarung jarak dekat dalam Muay Thai. Semasa melakukan plum, leher lawan dikepit dengan kedua-dua belah tangan. Tangan peninju tidak digenggam semasa memaut sebaliknya dirapatkan seperti menadah doa. Tubuh lawan akan dihayunkan dengan kuat ke kiri dan kanan bagi menghilangkan keseimbangan bertahannya namun peninju dilarang mengangkat dan menghempaskan lawan ke lantai. Cuma mereka yang mempelajari Muay Thai sahaja yang tahu membuka kunci teknik ini. Teknik bergelut seringkali disusuli dengan serangan siku, lutut, teknik sapuan, dan lemparan. Peninju juga menggunakan teknik bergelut sekiranya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi terhadap lawannya.

Sepak Libas Thai (te)
Sepak libas Thai ialah satu teknik yang mampu membuka pertahanan lawan yang kebal. Teknik ini menjadikan tulang kering sebagai senjata seperti kayu pelantak yang dihayunkan dengan kuat dan boleh mendatangkan kesakitan yang amat sangat. Mereka yang pernah bertarung dengan peninju Muay Thai akan menghormati dan menggeruni kehebatan teknik sepakan ini. Tulang kering dihayunkan sekuat mungkin seolah-oleh membaham apa sahaja sasaran di hadapan. Teknik ini dihayun seolah-olah memotong sasaran di hadapan, tidak seperti teknik sepakan layang karate atau taekwondo yang menarik balik kaki apabila melakukan sepakan. Teknik ini digunakan untuk menyerang sasaran seperti paha, tulang kering, sendi lutut, tulang rusuk, tengkuk dan kepala musuh. Latihan berjam-jam setiap hari dengan beg berat menjadikan tulang kering peninju Muay Thai keras seperti besi. Lagenda Kickboxing Dunia, Benny Urguidez berkata apabila dia disepak oleh peninju Muay Thai, bukan dia sahaja yang terasa sakit, malah nenek moyangnya yang telah lama meninggal juga dapat merasakan betapa sakitnya dibaham teknik sepakan libas ini. Teknik ini telah digunakan dengan berkesan sekali untuk mengalahkan gergasi Sambo Rusia, gusti dan Brazilian Jujitsu dalam kejuaraan UFC.
                                                              LANGKAH SEMBAH

Sebelum perlawanan dimulakan, peninju akan membuat Wai Kru (sembah guru) terlebih dahulu. Wai bermaksud memberi penghormatan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dan dirapatkan ke dada atau muka. Kru pula bermaksud guru. Wai Kru wajib dilakukan oleh semua Nak Muay (peninju).

Peninju akan berjalan di sekeliling gelanggang sambil menyentuh tali gelanggang (bertujuan untuk mengetahui keadaan tali dan lantai gelanggang), berhenti di setiap penjuru dan menyentuh pad penjuru sebanyak tiga kali sambil membaca mentera. Selepas itu peninju akan duduk di tengah-tengah gelanggang (menghadap rumah atau kemnya) dan tunduk sebanyak tiga kali untuk memberi penghormatan kepada guru, ibu bapa dan keluarganya. Selepas itu peninju akan bangun dan melakukan Ram Muay. Semasa Ram Muay, peninju melakukan tarian pada empat sudut gelanggang supaya penonton di setiap sudut dapat melihatnya. Pada penghujung Ram Muay, peninju akan kembali ke sudutnya (sama ada sudut biru atau merah) sebelum ke tengah gelanggang untuk diperkenalkan oleh pengadil. Selepas itu peninju akan kembali ke sudutnya semula dan mongkon akan ditanggalkan oleh gurunya. Sebelum menanggalkan mongkon dari kepala peninju (Pitee Tod Mongkon), kru akan meminta pertolongan semangat bagi melindungi peninju dari anasir yang tidak baik seperti sihir dan mendoakan supaya peninju itu menang tanpa kecederaan.


Terdapat beberapa jenis Ram Muay dan setiap kem mempunyai tarian masing-masing. Ada dua jenis tarian yang paling popular iaitu Phra Ram Plaeng Sorn dan Sod Soi Mala. Phra Ram Plaeng Sorn merujuk kepada Seri Rama memanah yang gerakannya agak agresif. Sod Soi Mala pula lebih lembut, iaitu seakan-akan orang sedang membuat kalungan bunga. Setiap gerakan mempunyai maksud tersendiri.


Bagi tarian Phra Ram Plaeng Sorn, peninju mengangkat satu tangan ke belakang bahu untuk mengambil anak panah. Peninju kemudiannya mendepa satu tangan ke depan manakala satu tangan lagi seperti menarik anak panah dan dilepaskan. Peninju akan meletakkan sebelah tangannya di dahi bagi meninjau panahan itu kena ataupun tidak. Selepas itu peninju menggelengkan kepala menunjukkan panahannya tidak kena. Langkah ini diulang sekali lagi sama seperti tadi. Pada kali ketiga ini, peninju tidak lagi menggelengkan kepada sebaliknya mengangguk sebagai tanda panahannya tadi mengena.



Fungsi Ram Muay ialah bagi menghilangkan perasaan berdebar-debar peninju, membina konsentrasi dan sokongan moral, mengetahui keadaan lantai gelanggang, menakutkan atau merendahkan tahap moral lawan, memanaskan badan dan menunjukkan satu trademark peninju kepada penonton. Melalui persembahan Ram Muay, penonton akan mengetahui dari mana datangnya peninju itu. Ram Muay akan diiringi oleh iringan irama (Pi Muay) muzik gamelan (Klawng Kaek dan Ching) dan tiupan serunai (Pi Java) yang mengikut rentak peninju.


                                                      SILAT  VS  MUAY THAI

Apakah kesudahannya jika dua ahli ilmu tempur paling ganas di dunia ini terpaksa bertarung untuk menentukan siapa lebih hebat?

Muay Thai ialah sejenis sukan yang berasal dari ilmu perang Krabi Krabong, manakala Pencak Silat masih diwarisi dalam bentuk tradisi.

Mungkin Muay Thai ialah sukan tempur paling realistik tetapi terdapat pelbagai aliran silat yang masih mengamalkan latihan tempur bersenjata secara realistik. Jika dipertemukan dua jaguh ini, peluang petinju Muay Thai untuk menang agak tipis, tetapi bagaimana jika pertarungan ini berlaku tanpa senjata?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya ingin bertanya kepada diri saya sendiri, apakah yang akan saya lakukan jika terpaksa berhadapan dengan pesilat yang berpengalaman. Sebagai seorang pengamal pencak silat dan pernah menjalani latihan asas teknik muaythai, saya tidak akan masuk bertempur dengan pesilat jika diajak berlawan di dalam sungai, di dalam sawah atau di atas lantai yang licin. Pesilat tidak kira apa jua keadaan tetap boleh bertarung menggunakan teknik tertentu.


Dan jika saya diajak bertempur dengan petinju Muay Thai dengan menggunakan teknik silat, saya tidak akan menyahut cabaran itu sekiranya diminta berlawan dalam gelanggang Muay Thai seperti yang dilakukan oleh ahli Kung Fu dan Karate tidak lama dahulu. Berlawan dengan petinju Muay Thai dalam gelanggang mengikut undang-undang Muay Thai ibarat melawan buaya dalam lubuknya. Pesilat yang tidak mengenali kelebihan gelanggang akan mudah ditewaskan. Saya lebih rela bertarung dengannya di luar gelanggang tanpa sebarang undang-undang.Pada pandangan saya adalah lebih baik sekirannya kita mempunyai kemahiran dan teknik tempur dari berbagai jenis beladiri lain untuk berhadapan dengan seorang peninju muaythai.Salah satunya menggunakan gaya tempur yang dibangunkan oleh bruce lee iaitu jeet kun do.Konsep beladiri ini lebih menumpukan kepada kepantasan serangan dan ketepatan serangan.Setelah sekian lama meneliti ketiga-tiga jenis beladiri ini akhirnya dapat juga saya mengadaptasikan ketiga-tiga teknik tempur tersebut dalam pelajaran saya.SANGAT SUSAH TAPI BERBALOI!!


Mari kita lihat terlebih dahulu kekuatan dan kelemahan Muay Thai. Pertama, Muay Thai ialah sejenis sukan dan ini bererti undang-undang diadakan untuk memanjangkan perlawanan, memastikan keselamatan petinju dan mempamerkan aksi yang menarik untuk tontonan peminat. Jadi, sudah tentu teknik berbahaya seperti tusukan jari ke mata, pukulan ke bahagian sulit, dan bergusti di lantai tidak dibenarkan.


Namun begitu, ini tidak bermakna Muay Thai lembik. Setiap teknik yang digunakan adalah realistik kerana telah diuji sepanjang zaman. Bersediakah anda menerima sepak layang tulang kering yang mampu mematahkan tulang paha anda? Kalau anda tidak mempunyai daya ketahanan dan stamina yang tinggi, lupakan sahaja untuk berhadapan dengan petinju Muay Thai yang berpengalaman.


Jika bertempur jarak jauh, petinju Muay Thai hanya bergantung kepada dua jenis sepakan, iaitu sepak layang tulang kering dan tendang lurus. Walaupun silat mempunyai teknik sepakan yang pelbagai, dua teknik Muay Thai ini ialah teknik yang mudah dan semula jadi. Latihan menggunakan beg berat setiap hari membentuk sepakan yang mampu mematahkan apa sahaja halangan di hadapan.


Satu kelebihan petinju Muay Thai ialah mereka tidak akan berundur walaupun dihukum bertubi-tubi. Hati keras dan tubuh sasa menjadi aset untuk menahan sakit. Berlawanan siapa lebih keras dan siapa lebih tahan sakit ialah taktik yang kurang baik bagi pesilat.


Elakkan menjadi sasaran sepak layang tulang kering petinju Muay Thai. Lebih elok pesilat mengelak daripada menangkis teknik ini. Teknik plam (clinch) sangat gemar digunakan oleh petinju Muay Thai untuk membinasakan lawan dengan cepat. Apabila leher dipaut, petinju akan menghujani pesilat dengan hentakan lutut yang berbahaya. Bukan mudah melepaskan diri daripada perangkap ini. Hanya mereka yang mempelajari Muay Thai yang tahu membuka kunci ini.


Walaupun diakui berbahaya dan paling sofistikated, teknik lutut Muay Thai membuka bahagian sulitnya untuk menjadi sasaran pesilat. Pukulan ke bahagian sulit diikuti sendi lutut mampu melepaskan pesilat daripada teknik berbahaya ini. Lupakan bahagian kakinya kerana peninju Muay Thai mempunyai sepasang kaki yang mantap. Ingat, mata, halkum, bahagian sulit, lutut dan buku lali ialah sasaran utama pesilat apabila berhadapan dengan petinju Muay Thai.


Namun jika pesilat sempat menangkap sepakan petinju, segera humbankannya ke bumi dan terus menguncinya kerana petinju Muay Thai tidak gemar bertarung di lantai.














Khamis, 8 Mac 2012

KATA - KATA HIKMAH

ARMADRAFAR


1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada
orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -
2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,
tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -
3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang
paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –
4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –
5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan
dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada
menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -
6. You will be judged on the basis of what you are,
not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –
7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
8. Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –
9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –
10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –
11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –
12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –
13. One can pass on the responsibility but
not the discretion that goes with it.
– B. Cellin –
14. Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu
ialah kejayaan. – Henry Ford –
15. Bukankah tidak ada balasan yang baik,
melainkan balasan yang baik juga.
16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,
kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang
seorang itu sudah lebih daripada banyak.
– Lukman Hakim –
17. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –
18. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
19. Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
– Edmund Burke -
20. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki
yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –
21. If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
– Morva N. Collins –
22. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –

Rabu, 7 Mac 2012

PROPOSAL


PROPOSAL

Alhamdulillah… selesai full treatment untuk tele TERBARU.. Saya akan sambung catatan saya:
Perbincangan dengan produser telah mendapat persetujuan. Stesen mana dan slot mana hendak dihantar telah pun dikenalpasti. Maka, penulis skrip akan menyediakan sebuah PROPOPOSAL.

APA ITU PROPOSAL?

Satu cadangan atau satu kertas kerja atau kertas cadangan untuk menerbitkan idea kita di layar TV. Proposal mempunyai hukumnya yang tersendiri, bukan disediakan secara sembrono. Perlu saya nyatakan, lain stesen TV, lain kehendaknya. Bagaimanapun, ada asasnya propoposal adalah sama. Perlu juga nyatakan, proposal untuk sessi pitching tidak sama dengan proposal untuk sessi mesyuarat penerbitan.

APA YANG ADA DALAM PROPOSAL?

COVER

Mengandungi cadangan kita. Contohnya: KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN TELEMOVIE, KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN TELEMOVIE KHAS RAMADAN, KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN DRAMA BERSIRI UNTUK SLOT AKASIA, ECT.
Pada cover juga mesti terdapat TAJUK telemovie, drama, etc. Terdapat LOGO STESEN dan terdapat LOGO serta ALAMAT syarikat penerbitan.

SPESIFIKASI PENERBITAN

muka surat pertama mesti mempunyai SPESIFIKASI PENERBITAN yang mengandungi: TAJUK DRAMA, KATEGORI DRAMA (telemovie, drama bersiri, dsb), DURASI ( 1 episod x 120 minit , 13 EPISOD x 60 minit, 13 episod x 30 minit, dsb), GENRE (komedi, semi komedi, heavy drama, drama aksi, dsb), TEMA (Ramadan, Aidilfitri, Maal Hijrah, dsb), BAHASA (bahasa Malaysia, dwi bahasa, dsb), PENULIS SKRIP dan terakhir TERBITAN (nama syarikat penerbitan).

LOGLINE

Tuliskan LOGLINE dalam sebaris ayat.

SINOPSIS

Tuliskan sinopsis, ringkas dan padat. Satu muka surat.
catatan: Untuk proposal mesyuarat penerbitan, lebih kemas jika SPESIFIKASI PENERBITAN diletakkan 1 muka berasingan, manakala LOGLINE dan SINOPSIS dalam satu muka surat.
Untuk pitching, SPESIFIKASI PENERBITAN, LOGLINE DAN SINOPSIS di dalam satu muka surat.

WATAK

Selain dari nama watak dan perwatakan, sertakan sekali cadangan pelakon. Kalau proposal untuk pitching tidak perlu sertakan gambar artis, bagaimanapun untuk proposal mesyuarat penerbitan perlu disertakan gambar artis. sekurang-kurangnya tiga orang artis cadangan.

JALAN CERITA / STORYLINE/ STORY TREATMENT

Lebih jelas daripada SINOPSIS. Bagaimana cerita bermula, konflik cerita, perkembangan watak, insiden, kemuncak konflik, penyelesaian, twist dan penyudah cerita. Panjangnya antara 3 – 5 muka surat.
  • JIKA UNTUK PITCHING, CUKUP SEKADAR INI. KESELURUHAN MUKA SURAT TIDAK TERMASUK COVER ANTARA 5 – 8 MUKA SURAT.
  • JIKA UNTUK PROPOSAL MESYUARAT PENERBITAN ATAU DIHANTAR SECARA TERUS TIDAK MELALUI PROSES PITCHING, SINOPSIS SETIAP EPISOD DIPERLUKAN.

SINOPSIS EPISOD

Sediakan sinopsis setiap episod yang merangkumi: Permulaan cerita setiap episod, konflik, insiden, penyelesaian setiap episod, twist setiap episod dan cliff setiap episod. Panjangnya 1 muka surat.
EDIT DAN EDIT DAN EDIT, KEMUDIAN SAVE DALAM PDF DAN HANTAR KEPADA PRODUSER. SEKARANG SEKARANG, HANTAR MELALUI EMAIL DAN SIMPAN BUKTI PENGHANTARAN ANDA ITU UNTUK RUJUKAN DI MASA AKAN DATANG.
CERITA apa yang hendak ditulis? Tak ada IDEA laa… Insya-Allah, jika masih ada nafas, saya akan sambung…

PROPOSAL


MAKLUMAT YANG HARUS ADA DALAM PROPOSAL

  1. STESEN - Nyatakan stesen mana hendak dihantar proposal tersebut. Samada TV1, TV2, TV3, TV9 ataupun ASTRO PRIMA dan sebagainya.
  2. KATEGORI - Samada Telemovie, Drama Bersiri, Drama Rantaian, Sitcom, Dokudrama, Dokumentari dsb.
  3. SLOT - Samarinda, Akasia, Lagenda, Cerekarama, Citra, Nurani dsb. Ataupun satu idea baru untuk slot baru.
  4. TAJUK - Jelaskan Judulnya dan maksud judul tersebut. Tajuk juga hendaklah menarik.
  5. DURASI - Sama ada 1 episod x 90 minit, 24 episod x 1 jam, 25 episod x 30 minit dsb.
  6. GENRE - Samada Semi Komedi, Drama Berat, Drama Ringan, Komedi Romantik, Sejarah, dsb.
  7. SASARAN - Sama ada Umum, Remaja, Kanak-Kanak dsb.
  8. PENULIS SKRIP - Jika perlu nyatakan yang pernah dimenangi.
  9. PENGARAH - Nyatakan cadangan Pengarah. Lazimnya setelah berbincang dengan penerbit.
  10. SINOPSIS - Sinopsis kelazimannya satu hingga dua para sahaja, tetapi mestilah tepat dan padat.
  11. PERWATAKAN - Nyatakan watak utama dan watak pembantu. Kelazimannya lima orang untuk telemovie dan tujuh hingga lapan orang untuk drama rantaian/ bersiri.
  12. SINOPSIS KESELURUHAN - Menyatakan keseluruhan cerita tersebut dari awal hingga akhir. Kelazimannya di antara enam muka surat hingga 10 muka surat.
  13. SINOPSIS EPISOD –  Tulis sinopsis setiap episod jika drama tersebut adalah drama rantaian/ bersiri.
  14. KESIMPULAN - Nyatakan kenapa kita merasakan naskah ini diwajar diterbit ataupun apa yang menarik tentang cerita tersebut.

SINOPSIS


SINOPSIS

Alhamdulillah… masih diberikan nyawa…
Setelah puas hati dengan LOGLINE kita, proses menulis sinopsis akan bermula. Apa itu sinopsis? Ianya satu ringkasan jalan cerita. Walaupun disebut RINGKASAN, watak, cerita, faktor penolak cerita dan watak, perkembangan watak, konflik dan penyudahnya mesti ada. Panjangnya antara 1 hingga 2 muka. Sebaik-baiknya 1 muka surat. Kemahiran meringkas karangan amat penting dalam menyediakan sinopsis.
Berdasarkan pengalaman saya: Ramai yang menulis sinopsis dan di akhir sinopsis mereka akan tulis “apa kesudahan cerita ini”. Itu sinopsis untuk dihantar ke pihak media untuk tujuan promo. Kalau sinopsis seperti itu kita berikan kepada panel, saya amat yakin mereka akan blurrr sebab mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran kita.
Sebelum memulakan sinopsis pastikan:
  1. Kita telah kenal watak utama kita, perjalanan watak, perkembangan watak, konflik yang dilalui, halangan yang terpaksa dihadapi, penyelesaian kepada halangan, kemuncak kepada konflik, twist dan akhirnya penyudah cerita.
  2. Kita kenal watak-watak pembantu.
  3. Kita telah ada sub-plot yang akan bergerak bersama plot utama, di mana sub-plot dan plot bersatu dan apa kaitannya.
  4. Bagaimana penyudah cerita ini.
Berbalik pada LOGLINE kita: Mastura, seorang gadis buta telah jatuh cinta pada Azman yang pernah merogolnya.
Siapa Mastura? Tinggal di mana? Dengan siapa? Apa yang berlaku pada dia? Selepas kena rogol, bagaimana? Kesan pada dia? Kesan pada orang sekeliling contohnya keluarga? Siapa merogol? Kenapa dia merogol? Suka-suka nak rogol? Apa jadi pada progol?
Persoalan itu perlu berlegar dalam kepada kita dalam mengumpul bahan. Cerita ini berkaitan dengan undang-undang, buat penyelidikan tentang undang-undang jenayah rogol. Berapa hukuman akan dikenakan pada perogol?
Azman? Kenapa Azman merogol? Mesti ada faktor mendorong. Siapa Azman? Apa kesan pada Azman selepas dirogol? Nak insafkan dia? Tak nak insafkan dia? Faktor-faktor ini penting untuk perkembangan watak Azman.
Kalau Mastura tinggal bersama keluarga, apa jadi pada keluarga Mastura?
Kalau isu ini hebuh di kampung, barangkali ada babak-babak pandangan orang kampung pada Mastura. Simpati? Penghinaan? Atau sebagainya. (Bagaimanapun eleman-eleman sub-plot seperti ini kurang digemari oleh produser kerana ia melibatkan penambahan kos).
Apabila semuanya sudah tersenarai, mulakan SINOPSIS kita. Ingat, jangan meleret dan terlalu panjang. SINOPSIS = RINGKASAN CERITA. Ringkaslah seringkas-ringkasnya.
CONTOH:
MASTURA (19 tahun), buta sejak kecil tinggal bersama ibunya, SALMAH (50-an) di sebuah kampung. Satu hari ketika sendirian pulang dari kedai, Mastura telah dirogol oleh AZMAN (24 tahun), seorang pemandu lori yang kebetulan berhenti di tepi jalan untuk berehat apabila gagal memandu dengan selamat selepas dia dipengaruhi alkohol. Suasana yang sunyi dan emosi yang tidak terkawal, menyebabkan Azman nekad merogol Mastura dalam semak di tepi jalan.
Ekoran daripada tindakan tersebut, Azman telah ditahan pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun. Manakala Mastura dan Salmah pula, berpindah ke Kuala Lumpur, tinggal bersama ROHANI (23 tahun), merupakan anak sulong Salmah yang bekerja di sebuah kilang di pinggir Kuala Lumpur.
ANDA SAMBUNG SINOPSIS INI MENURUT CITARASA ANDA…