:)


Click here for Myspace Layouts

Rabu, 7 Mac 2012

PANDUAN PENULISAN SKRIP SIRI - 6


Maaf lah pada pembaca,sebab siri 1-5 saya tidak dapat nak kongsikan bersama2,sebab itu adalah skrip sebenar yang telah sy buat dah telah pun di tayangkan di stesen televisyen.

Format


Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya, format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.


1) Scene Heading 
2) Action3) Character 
4) Parenthetical5) Dialogue 
6) Transition 

1) Scene HeadingIni dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.

Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:

INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHT
EXT. BANGUNAN FAKULTI - DAY
I/E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER

Penerangan.

INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam(INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)
Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI. ContohnyaRUMAH BANGLO ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.
Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung, sebentar kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang biasa digunakan ialahDAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON, EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY. Jika anda lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…

2) Action 
Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen Action yang akan menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.

Contohnya:

Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan bantal dan selimut yang tidak teratur.

Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.

Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas kelihatan wajahnya menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.

Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil tersenyum.
Penerangan.

Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanyalah Aksi Watak dan juga keadaan sekitarnya. Tidak perlulah meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’, bayu bertiup lembut dan sebagainya kerana ia sememangnya tidak diperlukan. Tidak perlulah kita menulis ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan atau dirakamkan dengan kamera.

Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.


3) Character
Character
 atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah seperti berikut.



PAK KASSIM

Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.

4) ParentheticalMerupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.

Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.

ARYON
(sedih)

Atau pun selepas dialog.

ARYON
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)

5) DialogueBerfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.

Kedudukannya adalah seperti berikut.



ARYON
Saya tidak terfikir pula…



6) Transition
Transition 
merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.

Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.

Contohnya adalah seperti berikut:


CUT TO:


Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
Gunakanlah kegunaan pada tempat yang kita fikirlan sesuai.

Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya tunjukkan tadi, bolehlah kita simpulkan bahawa format penulisan skrip filem dan drama TV adalah seperti berikut.





Demikianlah rupa format penulisan skrip. Harap ia dapat membantu anda pembaca semua menulis dengan lebih baik.

Selamat berkarya…

Salam Hormat Penuh Kasih Sayang Sesama Insan…

CREATED BY --ZED ZEDI--

Tiada ulasan:

Catat Ulasan