:)


Click here for Myspace Layouts

Rabu, 7 Mac 2012

SINOPSIS


SINOPSIS

Alhamdulillah… masih diberikan nyawa…
Setelah puas hati dengan LOGLINE kita, proses menulis sinopsis akan bermula. Apa itu sinopsis? Ianya satu ringkasan jalan cerita. Walaupun disebut RINGKASAN, watak, cerita, faktor penolak cerita dan watak, perkembangan watak, konflik dan penyudahnya mesti ada. Panjangnya antara 1 hingga 2 muka. Sebaik-baiknya 1 muka surat. Kemahiran meringkas karangan amat penting dalam menyediakan sinopsis.
Berdasarkan pengalaman saya: Ramai yang menulis sinopsis dan di akhir sinopsis mereka akan tulis “apa kesudahan cerita ini”. Itu sinopsis untuk dihantar ke pihak media untuk tujuan promo. Kalau sinopsis seperti itu kita berikan kepada panel, saya amat yakin mereka akan blurrr sebab mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran kita.
Sebelum memulakan sinopsis pastikan:
  1. Kita telah kenal watak utama kita, perjalanan watak, perkembangan watak, konflik yang dilalui, halangan yang terpaksa dihadapi, penyelesaian kepada halangan, kemuncak kepada konflik, twist dan akhirnya penyudah cerita.
  2. Kita kenal watak-watak pembantu.
  3. Kita telah ada sub-plot yang akan bergerak bersama plot utama, di mana sub-plot dan plot bersatu dan apa kaitannya.
  4. Bagaimana penyudah cerita ini.
Berbalik pada LOGLINE kita: Mastura, seorang gadis buta telah jatuh cinta pada Azman yang pernah merogolnya.
Siapa Mastura? Tinggal di mana? Dengan siapa? Apa yang berlaku pada dia? Selepas kena rogol, bagaimana? Kesan pada dia? Kesan pada orang sekeliling contohnya keluarga? Siapa merogol? Kenapa dia merogol? Suka-suka nak rogol? Apa jadi pada progol?
Persoalan itu perlu berlegar dalam kepada kita dalam mengumpul bahan. Cerita ini berkaitan dengan undang-undang, buat penyelidikan tentang undang-undang jenayah rogol. Berapa hukuman akan dikenakan pada perogol?
Azman? Kenapa Azman merogol? Mesti ada faktor mendorong. Siapa Azman? Apa kesan pada Azman selepas dirogol? Nak insafkan dia? Tak nak insafkan dia? Faktor-faktor ini penting untuk perkembangan watak Azman.
Kalau Mastura tinggal bersama keluarga, apa jadi pada keluarga Mastura?
Kalau isu ini hebuh di kampung, barangkali ada babak-babak pandangan orang kampung pada Mastura. Simpati? Penghinaan? Atau sebagainya. (Bagaimanapun eleman-eleman sub-plot seperti ini kurang digemari oleh produser kerana ia melibatkan penambahan kos).
Apabila semuanya sudah tersenarai, mulakan SINOPSIS kita. Ingat, jangan meleret dan terlalu panjang. SINOPSIS = RINGKASAN CERITA. Ringkaslah seringkas-ringkasnya.
CONTOH:
MASTURA (19 tahun), buta sejak kecil tinggal bersama ibunya, SALMAH (50-an) di sebuah kampung. Satu hari ketika sendirian pulang dari kedai, Mastura telah dirogol oleh AZMAN (24 tahun), seorang pemandu lori yang kebetulan berhenti di tepi jalan untuk berehat apabila gagal memandu dengan selamat selepas dia dipengaruhi alkohol. Suasana yang sunyi dan emosi yang tidak terkawal, menyebabkan Azman nekad merogol Mastura dalam semak di tepi jalan.
Ekoran daripada tindakan tersebut, Azman telah ditahan pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun. Manakala Mastura dan Salmah pula, berpindah ke Kuala Lumpur, tinggal bersama ROHANI (23 tahun), merupakan anak sulong Salmah yang bekerja di sebuah kilang di pinggir Kuala Lumpur.
ANDA SAMBUNG SINOPSIS INI MENURUT CITARASA ANDA…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan