:)


Click here for Myspace Layouts

Rabu, 7 Mac 2012

PROPOSAL


PROPOSAL

Alhamdulillah… selesai full treatment untuk tele TERBARU.. Saya akan sambung catatan saya:
Perbincangan dengan produser telah mendapat persetujuan. Stesen mana dan slot mana hendak dihantar telah pun dikenalpasti. Maka, penulis skrip akan menyediakan sebuah PROPOPOSAL.

APA ITU PROPOSAL?

Satu cadangan atau satu kertas kerja atau kertas cadangan untuk menerbitkan idea kita di layar TV. Proposal mempunyai hukumnya yang tersendiri, bukan disediakan secara sembrono. Perlu saya nyatakan, lain stesen TV, lain kehendaknya. Bagaimanapun, ada asasnya propoposal adalah sama. Perlu juga nyatakan, proposal untuk sessi pitching tidak sama dengan proposal untuk sessi mesyuarat penerbitan.

APA YANG ADA DALAM PROPOSAL?

COVER

Mengandungi cadangan kita. Contohnya: KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN TELEMOVIE, KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN TELEMOVIE KHAS RAMADAN, KERTAS CADANGAN UNTUK MENERBITKAN DRAMA BERSIRI UNTUK SLOT AKASIA, ECT.
Pada cover juga mesti terdapat TAJUK telemovie, drama, etc. Terdapat LOGO STESEN dan terdapat LOGO serta ALAMAT syarikat penerbitan.

SPESIFIKASI PENERBITAN

muka surat pertama mesti mempunyai SPESIFIKASI PENERBITAN yang mengandungi: TAJUK DRAMA, KATEGORI DRAMA (telemovie, drama bersiri, dsb), DURASI ( 1 episod x 120 minit , 13 EPISOD x 60 minit, 13 episod x 30 minit, dsb), GENRE (komedi, semi komedi, heavy drama, drama aksi, dsb), TEMA (Ramadan, Aidilfitri, Maal Hijrah, dsb), BAHASA (bahasa Malaysia, dwi bahasa, dsb), PENULIS SKRIP dan terakhir TERBITAN (nama syarikat penerbitan).

LOGLINE

Tuliskan LOGLINE dalam sebaris ayat.

SINOPSIS

Tuliskan sinopsis, ringkas dan padat. Satu muka surat.
catatan: Untuk proposal mesyuarat penerbitan, lebih kemas jika SPESIFIKASI PENERBITAN diletakkan 1 muka berasingan, manakala LOGLINE dan SINOPSIS dalam satu muka surat.
Untuk pitching, SPESIFIKASI PENERBITAN, LOGLINE DAN SINOPSIS di dalam satu muka surat.

WATAK

Selain dari nama watak dan perwatakan, sertakan sekali cadangan pelakon. Kalau proposal untuk pitching tidak perlu sertakan gambar artis, bagaimanapun untuk proposal mesyuarat penerbitan perlu disertakan gambar artis. sekurang-kurangnya tiga orang artis cadangan.

JALAN CERITA / STORYLINE/ STORY TREATMENT

Lebih jelas daripada SINOPSIS. Bagaimana cerita bermula, konflik cerita, perkembangan watak, insiden, kemuncak konflik, penyelesaian, twist dan penyudah cerita. Panjangnya antara 3 – 5 muka surat.
  • JIKA UNTUK PITCHING, CUKUP SEKADAR INI. KESELURUHAN MUKA SURAT TIDAK TERMASUK COVER ANTARA 5 – 8 MUKA SURAT.
  • JIKA UNTUK PROPOSAL MESYUARAT PENERBITAN ATAU DIHANTAR SECARA TERUS TIDAK MELALUI PROSES PITCHING, SINOPSIS SETIAP EPISOD DIPERLUKAN.

SINOPSIS EPISOD

Sediakan sinopsis setiap episod yang merangkumi: Permulaan cerita setiap episod, konflik, insiden, penyelesaian setiap episod, twist setiap episod dan cliff setiap episod. Panjangnya 1 muka surat.
EDIT DAN EDIT DAN EDIT, KEMUDIAN SAVE DALAM PDF DAN HANTAR KEPADA PRODUSER. SEKARANG SEKARANG, HANTAR MELALUI EMAIL DAN SIMPAN BUKTI PENGHANTARAN ANDA ITU UNTUK RUJUKAN DI MASA AKAN DATANG.
CERITA apa yang hendak ditulis? Tak ada IDEA laa… Insya-Allah, jika masih ada nafas, saya akan sambung…

PROPOSAL


MAKLUMAT YANG HARUS ADA DALAM PROPOSAL

  1. STESEN - Nyatakan stesen mana hendak dihantar proposal tersebut. Samada TV1, TV2, TV3, TV9 ataupun ASTRO PRIMA dan sebagainya.
  2. KATEGORI - Samada Telemovie, Drama Bersiri, Drama Rantaian, Sitcom, Dokudrama, Dokumentari dsb.
  3. SLOT - Samarinda, Akasia, Lagenda, Cerekarama, Citra, Nurani dsb. Ataupun satu idea baru untuk slot baru.
  4. TAJUK - Jelaskan Judulnya dan maksud judul tersebut. Tajuk juga hendaklah menarik.
  5. DURASI - Sama ada 1 episod x 90 minit, 24 episod x 1 jam, 25 episod x 30 minit dsb.
  6. GENRE - Samada Semi Komedi, Drama Berat, Drama Ringan, Komedi Romantik, Sejarah, dsb.
  7. SASARAN - Sama ada Umum, Remaja, Kanak-Kanak dsb.
  8. PENULIS SKRIP - Jika perlu nyatakan yang pernah dimenangi.
  9. PENGARAH - Nyatakan cadangan Pengarah. Lazimnya setelah berbincang dengan penerbit.
  10. SINOPSIS - Sinopsis kelazimannya satu hingga dua para sahaja, tetapi mestilah tepat dan padat.
  11. PERWATAKAN - Nyatakan watak utama dan watak pembantu. Kelazimannya lima orang untuk telemovie dan tujuh hingga lapan orang untuk drama rantaian/ bersiri.
  12. SINOPSIS KESELURUHAN - Menyatakan keseluruhan cerita tersebut dari awal hingga akhir. Kelazimannya di antara enam muka surat hingga 10 muka surat.
  13. SINOPSIS EPISOD –  Tulis sinopsis setiap episod jika drama tersebut adalah drama rantaian/ bersiri.
  14. KESIMPULAN - Nyatakan kenapa kita merasakan naskah ini diwajar diterbit ataupun apa yang menarik tentang cerita tersebut.

SINOPSIS


SINOPSIS

Alhamdulillah… masih diberikan nyawa…
Setelah puas hati dengan LOGLINE kita, proses menulis sinopsis akan bermula. Apa itu sinopsis? Ianya satu ringkasan jalan cerita. Walaupun disebut RINGKASAN, watak, cerita, faktor penolak cerita dan watak, perkembangan watak, konflik dan penyudahnya mesti ada. Panjangnya antara 1 hingga 2 muka. Sebaik-baiknya 1 muka surat. Kemahiran meringkas karangan amat penting dalam menyediakan sinopsis.
Berdasarkan pengalaman saya: Ramai yang menulis sinopsis dan di akhir sinopsis mereka akan tulis “apa kesudahan cerita ini”. Itu sinopsis untuk dihantar ke pihak media untuk tujuan promo. Kalau sinopsis seperti itu kita berikan kepada panel, saya amat yakin mereka akan blurrr sebab mereka tidak tahu apa yang ada dalam fikiran kita.
Sebelum memulakan sinopsis pastikan:
  1. Kita telah kenal watak utama kita, perjalanan watak, perkembangan watak, konflik yang dilalui, halangan yang terpaksa dihadapi, penyelesaian kepada halangan, kemuncak kepada konflik, twist dan akhirnya penyudah cerita.
  2. Kita kenal watak-watak pembantu.
  3. Kita telah ada sub-plot yang akan bergerak bersama plot utama, di mana sub-plot dan plot bersatu dan apa kaitannya.
  4. Bagaimana penyudah cerita ini.
Berbalik pada LOGLINE kita: Mastura, seorang gadis buta telah jatuh cinta pada Azman yang pernah merogolnya.
Siapa Mastura? Tinggal di mana? Dengan siapa? Apa yang berlaku pada dia? Selepas kena rogol, bagaimana? Kesan pada dia? Kesan pada orang sekeliling contohnya keluarga? Siapa merogol? Kenapa dia merogol? Suka-suka nak rogol? Apa jadi pada progol?
Persoalan itu perlu berlegar dalam kepada kita dalam mengumpul bahan. Cerita ini berkaitan dengan undang-undang, buat penyelidikan tentang undang-undang jenayah rogol. Berapa hukuman akan dikenakan pada perogol?
Azman? Kenapa Azman merogol? Mesti ada faktor mendorong. Siapa Azman? Apa kesan pada Azman selepas dirogol? Nak insafkan dia? Tak nak insafkan dia? Faktor-faktor ini penting untuk perkembangan watak Azman.
Kalau Mastura tinggal bersama keluarga, apa jadi pada keluarga Mastura?
Kalau isu ini hebuh di kampung, barangkali ada babak-babak pandangan orang kampung pada Mastura. Simpati? Penghinaan? Atau sebagainya. (Bagaimanapun eleman-eleman sub-plot seperti ini kurang digemari oleh produser kerana ia melibatkan penambahan kos).
Apabila semuanya sudah tersenarai, mulakan SINOPSIS kita. Ingat, jangan meleret dan terlalu panjang. SINOPSIS = RINGKASAN CERITA. Ringkaslah seringkas-ringkasnya.
CONTOH:
MASTURA (19 tahun), buta sejak kecil tinggal bersama ibunya, SALMAH (50-an) di sebuah kampung. Satu hari ketika sendirian pulang dari kedai, Mastura telah dirogol oleh AZMAN (24 tahun), seorang pemandu lori yang kebetulan berhenti di tepi jalan untuk berehat apabila gagal memandu dengan selamat selepas dia dipengaruhi alkohol. Suasana yang sunyi dan emosi yang tidak terkawal, menyebabkan Azman nekad merogol Mastura dalam semak di tepi jalan.
Ekoran daripada tindakan tersebut, Azman telah ditahan pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun. Manakala Mastura dan Salmah pula, berpindah ke Kuala Lumpur, tinggal bersama ROHANI (23 tahun), merupakan anak sulong Salmah yang bekerja di sebuah kilang di pinggir Kuala Lumpur.
ANDA SAMBUNG SINOPSIS INI MENURUT CITARASA ANDA…

CONTOH FORMAT SKRIP YANG PALING MUDAH

Salam sejahtera kepada pembaca Blog Zed Zedi.

Ada yang email tanya aku macam mana bentuk skrip dan lakon layar?

Jawapannya: ada perbezaan. Skrip adalah konsep idea asal cerita yang ditulis oleh penulis skrip.

Manakala lakon layar ialah skrip yang telah diberikan sudut pandan gerak kerja kamera serta aspek pengarahan yang lain. Ini untuk pengarah.

Maka aku penulis skrip semata. Formatnya amat mudah. Berikut contoh permulaan sebuah skrip filem seram yang sudah siap sepenuhnya.

SKRIP FILEM ‘________' (*Rahsia) OLEH ZABIDI MOHAMED & ZED ZEDI (gabungan bersama).


1. EXT. RUMAH TERES ZURA&ANA – SENJA

DI SUASANA SENJA ‘MAMBANG KUNING’. KELIHATAN SEBUAH KERETA BERHENTI DI HADAPAN SEBUAH RUMAH TERES. ZURA (22) KELUAR DARI KERETA. WAJAH ZURA TAMPAK PUCAT DAN TIDAK BERMAYA. ZURA TERBATUK-BATUK KECIL.

ANA
(risau)
Zura...bertambah pucat muka kau ni...kau sakit ke?

ZURA
(senyum tawar)
Aku ok. Cuma letih sikit. Ana, kau belikan aku nasi ayam dan air barli tanpa ais ok?

ANA
(senyum hambar)

Ok. Kau masuk dulu. Sekejap lagi aku kembali.

KERETA MENINGGALKAN ZURA SENDIRIAN DI DEPAN RUMAH. ZURA BERJALAN GONTAI MENUJU KE PINTU RUMAH. ZURA TERPANDANG SEEKOR BURUNG HANTU BERTENGGEK DI BUMBUNG RUMAHNYA. BURUNG HANTU ITU SEPERTI MEMANDANGNYA DENGAN TAJAM. ZURA TERUS BERJALAN TANPA MEMPEDULIKANNYA.

NAMUN TIBA-TIBA ZURA TERMUNTAH. ZURA AMAT TERKEJUT APABILA MELIHAT DARAH SEGAR MELAMBAK KE TANAH. ZURA MEMEGANG DADA DAN LEHERNYA. ZURA BERASA DADA DAN TEKAKNYA AMAT SAKIT LALU ZURA TERBARING DI ATAS TANAH.

ZURA PENGSAN. SUDUT LAIN BURUNG HANTU ITU TERUS MEMERHATIKAN ZURA. TIDAK LAMA KEMUDIAN ANA KEMBALI. ANA(22) KELUAR DARIPADA KERETA MENDAPATKAN ZURA YANG TERBARING DI TENGAH HALAMAN.

CUT TO:
2. INT.BILIK TUTORIAL – PETANG KEESOKAN HARINYA

PAPARAN SLAID POWERPOINT PADA SKRIN PUTIH DENGAN JUDUL ‘ALLAH MAHA ESA DAN KEKUASANYA’. DI BAWAH JUDUL ITU TERTERA MAKSUD SURAH AL-IKHLAS IAITU 1.ALLAH ITU ESA. 2 ALLAH TEMPAT TUMPUAN SEKELIAN MAKHLUK. 3. ALLAH TIDAK BERANAK DAN DIPERANAKKAN. 4. DAN TIADA SESUATU PUN YANG SETANDING DENGANNNYA.

SABIL
(senyum)
Kesimpulannya KeEsaan dan Kekuasaan Allah itu adalah mutlak. Ada apa-apa soalan?

SEORANG PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN.

SABIL
(senyum)
Ya, silakan.

PELAJAR PEREMPUAN 1
Apakah akidah seseorang muslim itu boleh terjejas jika percayakan hantu?

SABIL
(diam sejenak)
Tidak. Jika muslim itu percayakan kewujudan hantu itu sebagai syaitan dan iblis seperti yang dikhabarkan dalam Al Quran dan Hadis. Tetapi lain jadinya kalau muslim itu menyakini hantu itu berkuasa membawa mudharat.

KELAS RIUH. PELAJAR PEREMPUAN 2 BANGUN.

PELAJAR PEREMPUAN 2
Bagaimana dengan sihir yang melibatkan syaitan dan iblis atau hantu itu..bermacam jenis sihir membawa mudharat kepada manusia..misalnya sihir jenis santau...

SABIL
Jika kita menyakini mudharat akibat santau itu terjadi secara mutlak berpunca daripada syaitan dan iblis, maka syirik jalilah kita. Namun jika kita menyakini mudharat itu terjadi atas izin Allah Yang Maha Kuasa...tanpa izinNya tidak akan bawa mudharat, maka itulah yang sebetulnya.

KELAS RIUH LAGI. SABIL (28) MENARIK NAFAS PANJANG. PELAJAR PEREMPUAN 1 ANGKAT TANGAN DAN BANGUN.

PELAJAR LELAKI 1
Maksudnya...santau memberi mudharat dengan izin Allah jua..tanpa izinNya santau tidak akan berlaku...begitukah?

SABIL
Benar.Justeru Allah menyatakan dalam Surah Al Ikhlas ‘Allah tempat bertumpu segala makhluk’. Berdoa dan berlindung dengan Allah daripada hasutan dan sihir. Hal ini wajar kerana ‘Allah tiada yang setanding denganNya.’

PARA PELAJAR MENGANGGUK MEMAHAMI PENERANGAN SABIL.

SABIL
Saya ucapkan selamat bercuti semester. Tapi, jangan lupa pula tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Muhaimin itu. Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh emel atau telefon saya. Insya Allah saya akan bantu sekadar tugas saya sebagai seorang tutor.

SABIL MENUTUP PEN MARKER. MENUTUP PROJEKTOR. MENGEMAS BARANG. BERSALAM DENGAN PELAJAR. MELIHAT JAM TANGAN.PUKUL 6.OO PETANG. MENUTUP PINTU BILIK TUTORIAL DARI LUAR.


CUT TO :
Kalau selepas babak pertama ini ada babak imbas balik di akhir babak 1 ditulis CUT TO FLASH BACK.
Bila nak tamatkan babak flash back pada babak ke 3 akhiri pada babak ke dua dengan DISSOLVE TO END FLASHBACK.
Mudah je kan. Soal macam mana nak masukkan cerita dalam filem/cereka itu aku bagitau kemudian. Aku nak sambung menaip balik. Banyak masuk ni!

PANDUAN PENULISAN SKRIP SIRI - 6


Maaf lah pada pembaca,sebab siri 1-5 saya tidak dapat nak kongsikan bersama2,sebab itu adalah skrip sebenar yang telah sy buat dah telah pun di tayangkan di stesen televisyen.

Format


Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya, format sesebuah skrip filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.


1) Scene Heading 
2) Action3) Character 
4) Parenthetical5) Dialogue 
6) Transition 

1) Scene HeadingIni dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah ‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.

Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:

INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHT
EXT. BANGUNAN FAKULTI - DAY
I/E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER

Penerangan.

INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam(INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-duanya sekali (I/E.)
Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI. ContohnyaRUMAH BANGLO ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.
Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung, sebentar kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang biasa digunakan ialahDAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON, EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY. Jika anda lebih selesa menggunakan istilah Bahasa Melayu, silakan…

2) Action 
Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen Action yang akan menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.

Contohnya:

Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan bantal dan selimut yang tidak teratur.

Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.

Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas kelihatan wajahnya menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.

Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil tersenyum.
Penerangan.

Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanyalah Aksi Watak dan juga keadaan sekitarnya. Tidak perlulah meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’, bayu bertiup lembut dan sebagainya kerana ia sememangnya tidak diperlukan. Tidak perlulah kita menulis ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan atau dirakamkan dengan kamera.

Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat yang perlu diberi perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.


3) Character
Character
 atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah seperti berikut.



PAK KASSIM

Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.

4) ParentheticalMerupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.

Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.

ARYON
(sedih)

Atau pun selepas dialog.

ARYON
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)

5) DialogueBerfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa membawa penceritaan bergerak kehadapan.

Kedudukannya adalah seperti berikut.



ARYON
Saya tidak terfikir pula…



6) Transition
Transition 
merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.

Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.

Contohnya adalah seperti berikut:


CUT TO:


Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO: BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.
Gunakanlah kegunaan pada tempat yang kita fikirlan sesuai.

Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya tunjukkan tadi, bolehlah kita simpulkan bahawa format penulisan skrip filem dan drama TV adalah seperti berikut.





Demikianlah rupa format penulisan skrip. Harap ia dapat membantu anda pembaca semua menulis dengan lebih baik.

Selamat berkarya…

Salam Hormat Penuh Kasih Sayang Sesama Insan…

CREATED BY --ZED ZEDI--

CONTOH PENULISAN SKRIP DRAMA RADIO





INILAH CONTOH SKRIP DRAMA RADIO. SKRIP INI BUKANLAH YANG TERBAIK DARI ZED, CUMA SEBAGAI PANDUAN UNTUK ANDA MENULIS SAHAJA


(Ini adalah cover hadapan)



RINGKASAN CERITA:

Perbincangan mengenai amal jariah dan jauhkan sikap kedekut.


(INI CONTOH SKRIP)
Boleh masukkan kesan bunyi seperti bunyi burung, kucing, kereta dan lain-lain jika perlu.


GRAM : MUZIK PENGENALAN
DILA : Allah...tak payahlah susah-susah Kak Yah, kami datang ni bukan
nak menjamu selera kat rumah Kak Yah....kami cuma nak ziarah.
KAK YAH : Tak apalah....apa yang ada, makan ajalah Dila, Ikmal....Kalau kau
orang tak datang, pada siapa Kak Yah nak menjamu...Kak Yah pun
nak juga pahala....
IKMAL : Sekarang ni barang mahal Kak Yah....(KETAWA)
KAK YAH : Allahuakbar....engkau ni Ikmal...kalau barang mahal pun, takkan
kita tak makan, lagipun tetamu datang kerumah nak bual-bual kosong aja.....?
DILA : Tak apa Kak Yah....bual kosong, minum air kosong pun tak apa.
KAK YAH : Ini kan budaya kita Dila...sunnah agama kita, setiap tetamu yang
datang kerumah, sekurang-kurangnya kita kena jamu air kosong
kalau kita tak mampu nak hidangkan minuman atau makanan yang lebih baik.
IKMAL : Ini pun kira alhamdulillah ni Kak Yah....Banyak ni Kak Yah....
Boleh habis ke kita makan ni?
KAK YAH : Makanlah sebanyak mana engkau suka Ikmal.....
IKMAL : Barang mahal sekarang ni Kak Yah...(KETAWA)
KAK YAH : Kak Yah tak kisah Ikmal, Dila...walaupun harga barangan mahal,
tapi itu bukan alasan kita untuk kedekut. Kita jangan kedekut tapi
kita mesti berjimat. Antara kedekut dan berjimat tu banyak bezanya Ikmal....
DILA : Hah...dengar tu bang....
IKMAL : Dengar......
DILA : Tapi Kak Yah ni kalau nak berjimat senang aja...kawasan rumah
Kak Yah ni luas...boleh bercucuk tanam....
KAK YAH : Kawasan rumah Kak Yah ni memang luas Dila...tapi nak bercucuk
tanam tu kadang-kadang rasa tak bersemangat....
IKMAL : Kenapa pula tak semangat Kak Yah....rugi ni bazir tanah yang luas
gini.....
DILA : Aaa...aaa....orang yang tak ada tanah, berusaha tanam dalam pasu,
dalam baldi buruk, dalam tin dan sebagainya....
KAK YAH : Kak Yah tahu itu Dila....tapi Kak Yah memang tak semangat
betullah nak bercucuk tanam sekarang ni...
IKMAL : Apa masalah Kak Yah, tak daya ke, tak minat?
KAK YAH : Daya ada, minat pun masih ada Ikmal.....
DILA : Dah tu kenapa?
KAK YAH : Kawasan rumah akak ni kalau hujan satu atau dua jam aja dah
banjir....banjirnya cepat, surutnya lambat. Habis rosak semua
tanaman..Itu yang buat akak rasa tak ada semangat tu Dila....
IKMAL : Oooo...gitu pula ya. Kalau dah gitu jadinya, memanglah kita
rasa tak bersemangat kak. Yalah, hari-hari kita siram, kita
tengok....tiba-tiba banjir....musnah sekelip mata...tentulah kita
rasa kecewa kak ya....
KAK YAH : Memang cukup-cukup kecewa Ikmal. Sebab itulah kau orang
tengok, tanah sekeliling rumah akak ni macam terbiar aja tu.
DILA : Rugilah kalau gitu jadinya kak ya....
KAK YAH : Apa nak buat Dila....masalah banjir bukan mudah nak ditangani.
Kalau setakat longkang, parit kat tepi rumah tu bolehlah kita cuci.
Tapi kalau sungai, longkang atau parit yang besar-besar kat tepi
jalan dan sebagainya tu....siapa pula nak jaga?
IKMAL : Masalah banjir ni memang susah Kak Yah...
KAK YAH : Itu baru kita aja yang merasa Ikmal.....hah, bagi orang yang ada
ladang sayur, ladang buah-buahan, sawah padi....apa akan jadi
dengan hasil dia orang....bukan aja rosak, bukan aja pengeluaran
terjejas....kita pun akan turut susah.
DILA : Dari pengalaman kita, masa berlaku banjir....harga barang pun
turut naik macam air banjir Kak Yah ya....(KETAWA)
KAK YAH : Yalah...sebab waktu itu lori nak angkut barang pun tak boleh,
tanaman pula habis rosak, nelayan pula tak kelaut....
IKMAL : Itulah susahnya kalau kita dilanda banjir Kak Yah ya....
Jadi eloklah rasa kita sama-sama berusaha macamana nak
atasi masalah banjir ni.
KAK YAH : Alah...kita ni apa yang boleh kita buat Ikmal.....
IKMAL : Tak apalah...apa yang kita boleh buat, kita buat. Yang besar-
besar tu biarlah pihak berwajib yang buat.
KAK YAH : Hah...asyik bual aja ni...tambahlah lagi makanan tu Ikmal...
IKMAL : Hah...memang nak tambah pun, tapi malu...sebab Kak Yah tak
pelawa....(KETAWA)
KAK YAH : Alah...makan ajalah Ikmal, apa nak malu-malu. Dila pun
tambahlah lagi...Kalau tak cukup, kita masak lagi....
IKMAL : (KETAWA) Eh...sampai gitu sekali ya Kak Yah....
DILA : Kalau gitu bolehlah datang selalu kerumah Kak Yah
ni...(KETAWA)
IKMAL : Hah...melampaulah tu...(KETAWA)
KAK YAH : Datanglah Dila....sebenarnya Dila, bila ada tetamu datang kerumah
kita....Allah Taala kirimkan rahmat untuk kita bersama tetamu
tersebut. Itu mesti kita ingat Dila. Maknanya kalau kita menjamu
tetamu dengan berbagai hidangan pun, kita tak akan rugi apa-apa.
Allah akan gantikan semula apa yang kita belanjakan tu....
DILA : Tapi tengok jenis tetamu jugaklah Kak Yah....kalau yang datang tu
penyamun...takkan itu pun bawa rahmat jugak...(KETAWA)
KAK YAH : Kalau yang jenis gitu yang datang...kita yang akan beri dia rahmat.
Hah....nampak tu...kat balik pintu tu.....(KETAWA)
IKMAL : Ya Allah...kalau kena, bukan takat masuk hospital...tapi boleh
masuk kubur....
GRAM : MUZIK SELINGAN.
DILA : Cuba abang tengok Kak Yah tu...walaupun dia bukan orang
berada, tapi hati dia cukup mulia bang...tengok, betapa gembiranya
dia bila kita datang ziarah dia...macam-macam dijamunya.
IKMAL : Dia dapat pahala melayan tetamu...kita dapat pahala berziarah..
(KETAWA) Hah….kan Allah tu Maha Adil….
DILA : Allah Taala tu memang adil...tapi kita yang tak adil.
IKMAL : Kenapa pula kita tak adil?
DILA : Yalah...Allah beri kita rezeki yang murah...kenapa kita kedekut
sangat?
IKMAL : Kita tu siapa?
DILA : Bukan kita....Dila silap...tapi abang tu.....
IKMAL : Kenapa pula abang yang kedekut?
DILA : Apa salahnya kalau masa nak balik tu abang hulurlah sepuluh dua
untuk Kah Yah buat belanja harian....
IKMAL : Iya....? (KETAWA) Kenapa Dila tak ingatkan abang…..Abang
pun kadang-kadang lupa Dila, abang tak ingat semuanya.
DILA : Dah beberapa kali Dila ingatkan...tapi abang selalu buat-buat
lupa....Kalau kita tak biasa amalkan sesuatu perkara, memanglah
kita akan jadi lupa. Sebab tulah Dila selalu ingatkan abang. Apa
salahnya kita yang mampu ni, walaupun tak seberapa, hulurkanlah
sikit sedekah pada orang-orang yang macam Kak Yah tu bang.
Dia tu orang susah, ibu tunggal pula tu.
IKMAL : Tapi tadi abang betul-betul lupalah Dila...
DILA : Apa salahnya kalau semasa berziarah tu samada sanak saudara ke,
rakan taulan ke...terutama sekali yang tua-tua atau kanak-kanak tu...kita hulurlah sikit sebagai sedekah untuk dia orang....walaupun
sikit yang kita hulurkan....tapi besar bagi orang-orang yang benar-
benar memerlukannya bang....
IKMAL : Apa, Kak Yah tu daif sangat ke Dila?
DILA : Dila tak maksudkan Kak Yah tu....Tapi kalau orang lain pun
samalah jugak....
IKMAL : Sekarang ni barang mahal, minyak mahal...pendapatan kita
banyak itu juga....
DILA : Itu bukan alasan bang...macam kata Kak Yah, kita boleh berjimat
tapi jangan kedekut....
IKMAL : Takkan abang ni kedekut? Selama ni apa yang Dila minta jarang
abang tolak kalau abang mampu.
DILA : Itu dengan Dila...
IKMAL : Abang bukan kedekut Dila...tapi berjimat. Hah, cuba Dila tengok,
sekarang ni sejak harga minyak naik...semua orang berjimat.
Ramai yang naik motosikal. Kalau kereta pula, orang pandu
perlahan aja...tak lagi laju-laju macam dulu.Itu kira satu rahmatlah Dila...(KETAWA KECIL)
DILA : Hmmmhhh...pandai betul abang ubah tajuk ya.....
IKMAL : (KETAWA) Tak adalah gitu. Abang cakap perkara benar...
GRAM : MUZIK SELINGAN
DILA : Betullah macam cakap Kak Yah tempohari....
IKMAL : Dila ni sindir abang ke....
DILA : (KETAWA) Tak adalah menyindir.
IKMAL : Habis, kalau tak menyindir...marilah tolong....
DILA : Alah...kerja sebanyak itu pun Dila nak tolong...buat kotor tangan
aja.....
IKMAL : Alah marilah tolong....daripada menjadi tukang sakat kat situ
tolong abang masukkan tanah-tanah ni dalam pasu ni lagi baik.
DILA : Nak tanam bunga ke nak tanam sayur ni bang....?
IKMAL : Kita tanam sayurlah...cili, sawi, kucai...boleh tanam kat dalam
pasu....
DILA : Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam aja bang...
IKMAL : Hah...tahi ayam pun dah ada...abang dah ambik kat rumah kawan.
DILA : (KETAWA) Abang ni...Dila cakap lain, lain pulak yang didengar..
IKMAL : Hah...Dila kata tahi ayam kan....
DILA : Dila kata....jangan hangat-hangat tahi ayam...buat, biar betul-betul.
IKMAL : Tak apalah....lepas ni Dila juga kena tolong...tolong siram, tolong
taruh baja....
DILA : Oooo...abang cuma menanam ajalah....yang nak menjaganya tu
Dila.....
IKMAL : Tak adalah...kita sama-samalah...
DILA : Betul ke ni....Dila rasa lepas ni Dila sorang ajalah nampaknya
yang menjaga pokok-pokok ni....
IKMAL : (KETAWA) Eh...Dila....itu telefon...gegar-gegar kat atas kerusi
tu hah....masyaallah...kenapa tak dibunyikan nada deringnya....
gegar-gegar tu, kalau kita tak sedar....boleh terjatuh dari kerusi,
rosak siapa yang susah....
DILA : Hello....waalaikumussalam....ya..ya....alhamdulillah sihat.Tahu
apa? Iya? Innalillahi wainna ilaihi rajiun...........Tak apa..tak apa..
Terima kasih ya....
IKMAL : Siapa yang meninggal?
DILA : Kak Yah....
IKMAL : Innalillahi wainnalillahi rajiunnnnnn......cepat bersiap. Kita
pergi ziarah sekarang.
DILA : Ya...ya....tapi kita singgah dibandar dulu yang bang...Dila nak
ambik duit sikit....
IKMAL : Dila simpanlah duit Dila tu....abang guna duit abang.Abang akan
tanggung semua urusan pengkebumian Kak Yah tu....
DILA : Betul ke bang...?
IKMAL : Betul....takkan dalam soal kematian pun abang nak main-main.
DILA : Alhamdulillah.......
IKMAL : Ya....cepatlah pergi bersiap....biar abang check kereta dulu.....
Errr...jangan lupa bawak baju sehelai dua , pelikat dan songkok
abang tu Dila ya....
DILA : Baiklah...baiklah....tapi abang tu pergilah mandi tu...berbau
badan tu....
IKMAL : Yalah...yalah......kalau dulu peluh pun bau minyak wangi....
sekarang ni, berbau sikit pun tak boleh....
GRAM : MUZIK PENUTUP
T A M A T

SEMOGA CONTOH SKRIP INI DAPAT MEMBERI SEDIKIT ILMU KEPADA ANDA.
BY CREATED --ZED ZEDI--